Kepada para peminat Candy Crush, berhati-hati ketika
bermainnya, jangan sampai jadi seperti lelaki ini yang mengalami
kecederaan apabila tendon di ibu jari tangannya terkoyak akibat bermain
permainan itu sepanjang hari selama enam minggu.
Kecederaan itu hanya diketahuinya selepas dia mendapatkan rawatan di hospital kerana ibu jarinya sakit.
Selepas pemeriksaan, doktor mendapati tendon di bahagian ibu jari
tangannya terkoyak, namun lelaki yang berusia 29 tahun ini tidak berasa
sakit.
Kebiasaannya jika sesiapa mengalami keadaan itu, ia amat menyakitkan namun lelaki ini tidak berasa apa-apa.
Lelaki ini yang telah berhenti daripada angkatan tentera, kini terpaksa menjalani pembedahan.
Doktor yang merawatnya memberitahu dalam sesetengah kes, permainan
video game boleh mematikan rasa sakit dan ia kemungkinan menjadi punca
kenapa sesetengah orang ketagih bermainnya.
Jika mereka mengalami kecederaan ketika bermain, rasa sakit itu tidak dapat dirasai.
Candy Crush adalah permainan popular dan sejak ia dilancarkan pada 2012, ia telah dimuatnaik lebih 500 juta orang. -Kedahnews.com