OPERATOR pasar raya besar, Tesco Stores (Malaysia) Sdn.
Bhd., akan melabur RM50 juta bagi menurunkan harga 1,000 barangan
kerperluan harian di 54 cawangannya di seluruh negara, bermula 6 April
hingga hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Georg Fischer berkata, kempen 'Lebih Jimat' untuk jangka panjang itu membolehkan pelanggan menikmati penurunan harga dari 20 hingga 44 peratus.
"Produk disenaraikan di bawah kempen ini dipilih berdasarkan maklum balas jutaan pelanggan Tesco mengenai barangan segar dan runcit yang penting kepada mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu, di sini hari ini.
Tawaran harga rendah itu juga untuk perkhidmatan jualan dalam talian oleh pasar raya itu.
Beliau berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan kesemua pembekal bagi memastikan harga barangan sempena kempen tersebut mampu dikekalkan.
Kempen itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. - Bernama