ALOR SETAR - Hasrat dua lelaki dan seorang wanita warganegara Thailand
dan Laos memasuki Thailand terbantut apabila ketiga-tiga mereka ditahan
Jabatan Imigresen Kedah, ketika cuba masuk ke negara jiran itu secara
haram, awal pagi semalam.
Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, pihaknya menahan tiga pendatang asing itu ketika mereka sedang melalui laluan Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam.
“Pegawai Imigresen mendapati cop lawatan sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada ketiga-tiga pasport warga asing terbabit meragukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sehubungan itu, anggota Imigresen menahan dua lelaki warga Thailand berumur 21 dan 23 tahun, serta seorang wanita warga Laos berumur 24 tahun sekitar 8.00 pagi, untuk siasatan lanjut.
Mohamad Yusri berkata, berdasarkan maklumat awal mereka tiba dari Kuala Lumpur secara berasingan.
“Kesemua kini ditahan bawah Akta Imigresen kerana memiliki pas Imigresen palsu dan dihantar ke Depot Imigresen Belantik, Sik.