ALOR SETAR - Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menegaskan bahawa sebagai ahli parlimen, mereka lebih memahami isu di peringkat akar umbi berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Shahrir berkata, Tun Dr Mahathir yang disifatkan sebagai pemimpin atasan mungkin tidak tahu apa yang berlaku dan dilakukan diperingkat akar umbi oleh ahli-ahli parlimen yang dibayangkan sebagai pemimpin bawahan.
"Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan," jelasnya mengenai satu pertemuan mantan Perdana Menteri itu dengan ahli-ahli Parlimen BN baru-baru ini.
Shahrir dalam satu kenyataan media di lobi Parlimen hari ini menegaskan bahawa BNBBC perlu bersuara mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memandangkan serangan Dr Mahathir kini menjurus kepada isu peribadi dan tidak wajar.
"Itu orang yang bercakap, tidak ambil kira kenyataan sebenar di bawah, sebab itu kami biasanya diam, kali ini kami nyatakan.
"Pada hari ini, tujuannya, sebagai ahli Parlimen biasa, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri.
"Kami melihat perubahan dan keadaan yang kami rasa begitu puas hati dan seronok sebagai ahli Parlimen," katanya menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Mohd Najib.
Selain itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Mohd Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersemuka "empat mata" dalam satu pertemuan bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit yang ditimbulkan mantan Perdana Menteri itu baru-baru ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad |
Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.
Dr Mahathir sebelum ini "menyerang" pentadbiran Najib secara terbuka menerusi blog mendesak Najib patuh melaksanakan saranan dan nasihatnya yang diberikan kepada Perdana Menteri kira-kira empat tahun yang lalu.
Ekoran tidak mengikut kehendak mantan Perdana Menteri itu, beliau mendakwa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dan meletakkan Najib sebagai punca kekalahan tersebut.
Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menasihati ahli serta penyokong UMNO untuk menegur pucuk pimpinan parti secara berhemah dan menggunakan saluran yang betul serta tertutup demi menjaga keutuhan parti.
Bagaimanapun, "serangan" Tun Dr Mahathir secara terbuka dan mensasarkan peribadi Perdana Menteri itu dikritik hebat dan disifat sebagai 'tidak cakap serupa bikin' oleh ramai pihak.
Shahrir turut menjelaskan bahawa Najib akan menjawab semua "serangan" terbuka Tun Dr Mahathir yang mendakwa sayangkan UMNO sebagai sebuah parti.
"Najib akan jawab...kami juga nasihatkan, sudah sampai masanya beliau berikan jawapan," kata Shahrir pada sidang media BNBBC di Parlimen hari ini.
"Tapi kali ini ia masuk peringkat secara terbuka, kalau kata Dr Mahathir sayang parti, kami pun sayang parti, tapi kami rasa ini bukan caranya," kata Shahrir. -Kedahnews.com
"Najib akan jawab...kami juga nasihatkan, sudah sampai masanya beliau berikan jawapan," kata Shahrir pada sidang media BNBBC di Parlimen hari ini.
"Tapi kali ini ia masuk peringkat secara terbuka, kalau kata Dr Mahathir sayang parti, kami pun sayang parti, tapi kami rasa ini bukan caranya," kata Shahrir. -Kedahnews.com