Nama Caliph Buskers tiba-tiba melonjak popular ke seluruh negara selepas kumpulan "istimewa" itu telah berjaya memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-29 yang berlangsung lewat lalu.
Sebagaimana yang dinanti-nantikan para peminat industri hiburan dan "buskers", Caliph
Buskers yang cacat penglihatan kini tampil membawa lagu dan muzik video
pertama mereka yang berjudul ‘Hanya NamaMu’.
Muzik video menarik yang sudah ditayangkan menerusi akaun KRU Music di
Youtube ini dikatakan telah berjaya menyentuh ramai jiwa selepas menghayati lagu dan menyaksikn penyampaian yang penuh perasaan menerusi
video tersebut.
Ringkas, padat dan berjaya menyelami jiwa golongan "buskers", video terbitan KRU itu seolah-olah benar-benar menceritakan hakikat kehidupan rutin kumpulan berkenaan yang sekian lama berjuang hidup sebagai pemuzik jalanan.
Meskipun memiliki kekurangan diri kerana tidak mampu melihat seperti insan normal lai, namun kesungguhan kumpulan membuktikan mereka mampu mengorak langkah untuk maju dalam industri hiburan.
Kedahnews.com mengucapkan syabas kepada Caliph Buskers dan semoga terus kental bersemangat dalam menjalani liku-liku hidup yang sementara ini sehingga kita bersama menuju ke dunia yang kekal abadi, insyaAllah. - Kedahnews.com