VIDEO: Lelaki Bangladesh Rayu Ustaz Kazim Kembali Ke Kaca Televisyen

ALOR SETAR - Tidak dinafikan keputusan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang enggan lagi muncul di kaca televisyen menyampaikan celoteh dakwahnya menerusi ceramah mengecewakan ramai pihak.

Bukan saja Kedahnews.com dan umat Islam di seluruh negara, khususnya di Kedah, yang merindui ceramah beliau di kaca televisyen, malah warga asing yang meminati beliau juga berkongsi rasa yang sama.

Terbaru, seorang warga Bangladesh sanggup bersusah payah menghubungi PerakFM ketika DUKE dijemput mengisi salah satu slot di konti stesen radio berkenaan.

Kata peminat setia DUKE yang masih pekat dengan pelat Bangladeshnya, dia berlari pulang ke rumah selepas waktu kerja sekiranya mendapat tahu ada slot ceramah perdana di kaca televisyen, mengharapkan DUKE menjadi salah seorang panel ceramah berkenaan.

Cerita lelaki warga asing itu, dia akan sedikit kecewa sekiranya ceramah perdana di kaca televisyen itu tidak melibatkan DUKE.


Mengaku meminati cara penyampaian DUKE dalam ceramah-ceramah beliau, lelaki itu juga memberitahu bahawa dia memahami dengan mudah ceramah yang disampaikan pendakwah tersohor berkenaan.

Justeru itu, lelaki itu merayu DUKE supaya kembali ke kaca televisyen menyampaikan ceramah seperti sebelum ini sehingga menyebabkan Ustaz Kazim serba salah dengan permintaan itu. 

Pada Ustaz Kazim, Kedahnews.com turut sependapat dengan lelaki warga Bangladesh itu dan memohon beliau mempertimbang semula keputusannya untuk tidak muncul menyampaikan ceramahnya di media elektronik, khususnya televisyen.

Pada kami, adalah sangat merugikan umat Islam sekiranya kita kehilangan seorang pendakwah yang begitu hebat aura dan mampu menyampaikan syiar dakwah Islam dengan baik serta memanfaatkan kita semua, kan? 

Usahlah DUKE pedulikan tohmahan dan kritikan jahat segelintir pihak sebelum ini kerana sudah semua itu sudah tentu merupakan asam garam bagi golongan pendakwah, khususnya di akhir zaman ini.

Semoga syiar Islam terus berkembang di bumi Malaysia ini, insyaAllah. -Kedahnews.com