VIDEO: Pelancong Cemas Jerung Hammerhead Hampir Sangat Dengan Pantai..!

Hammerhead mengejar mangsa
FLORIDA, Amerika Syarikat – Kemunculan seekor jerung tukul yang sedang mencari makanan mengejutkan dua orang awam yang sedang mandi di pantai Destin di sini baru-baru ini.

Ikan jerung itu jelas kelihatan mengejar ‘makanannya’ dengan jarak hanya beberapa meter sahaja daripada dua orang awam tersebut.

Insiden itu dirakam oleh sekumpulan lelaki yang menyedari kehadiran ikan jerung tersebut dari rumah mereka di Silver Beach Towers yang terletak berdekatan dengan pantai.

“Ia sangat besar dan muncul di dasar pantai yang hanya setinggi paras lutut sahaja,” ujar salah seorang daripada mereka.


Menurut laporan Muzium Semula Jadi bagi Fail Serangan Jerung Kebangsaan Florida, sepanjang tahun lalu terdapat 17 serangan jerung tukul dicatatkan tetapi tiada yang membawa maut. – AGENSI