VIDEO VIRAL: Astaghfirullahil 'azim..! Semoga Gadis Kedah Tidak Terjebak Begini...

Astaghfirullahil 'azim..! Mengucap panjang Kedahnews.com dibuatnya menyaksikan sebuah rakaman video yang memaparkan sekumpulan gadis sedang beriang-ria berpesta arak yang kini menjadi viral di laman sosial.

Rakaman video berdurasi 2:43 itu memaparkan sekumpulan gadis dilihat begitu seronok meneguk bertin-tin minuman keras dari pelbagai jenama dalam satu majlis sosial yang berkemungkinan besar merupakan majlis sambutan hari jadi.

Boleh dikatakan hampir semua netizen mengecam tindakan kumpulan gadis itu yang disifatkan sebagai bodoh, pendek akal dan mengalami masalah sosial yang sangat buruk.

Melalui penelitian Kedahnews.com, terdapat tujuh kelibat gadis berusia sekitar 20-an termasuk gadis yang merakam video tersebut dan setelah diamati mereka berkemungkinan bercakap dalam dialek Terengganu.


Gara-gara video hangat itu, ia sedikit sebanyak telah mengubah "persepsi" sebilangan masyarakat terhadap imej gadis-gadis pantai timur yang sebelum ini cukup dikenali dengan kekayaan adab sopan dan mempunyai pemahaman agama yang tinggi.

Bagaimanapun, pada pandangan kami, hanya segelintir sahaja gadis Pantai Timur yang mungkin terjebak dengan perlakuan tidak bermoral seperti ini dan masih ramai gadis di sana yang terpelihara adab serta agamanya.

Lagipun, terdapat banyak komen mendakwa kejadian ini merupakan kes lama dan dukatakan telah  dirakamkan sekitar tahun 2005, namun kami sendiri tidak dapat mengesahkannya.

Pada kami, tidak kisahlah sama ada kes tersebut merupakan kes lama atau baru, namun kita sama-sama doakan semoga gadis-gadis dalam rakaman video itu sudah bertaubat hendaknya.

Paling penting, mohon supaya kejadian seperti menconteng arang ke muka itu tidak akan berlaku di negeri Kedah ini, kan? Semoga kita dan gadis-gadis di Kedah terpelihara dari kerosakan moral seperti itu, insyaAllah.  - Kedahnews.com