Namun, ada juga segelintir masyarakat yang masih percaya pada perkara-perkara karut dan tahyul sebegitu.
Bagaimanapun, tidak dinafikan dengan kewujudan jin, syaitan dan iblis yang dikategorikan sebagai makhluk halus dijadikan Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
Dan selalunya, golongan jin dan syaitan inilah yang kuat menyakat anak-anak Adam di muka bumi ini sehingga mereka digelar dengan pelbagai gelaran seperti pelesit, hantu raya, jin tanah dan bermacam-macam lagi.
Bagi mereka yang tidak pernah mengalami gangguan makhluk halus sebelum ini, mungkin mereka menganggap semua dakwaan itu karut dan tidak relevan di zaman serba internet ini.
Sehingga ada di kalangan mereka yang bercakap besar, mencabar supaya hantu jin berkenaan menyakat mereka secara berdepan. Selalunya, golongan lelaki "gagah"lah yang suka bercakap begitu, terutama di depan "awek" mereka, kan?
Bagaimanapun, Kedahnews.com kongsikan di sini sebuah rakaman video "prank" yang kami yakin mampu membuat "abam-abam sado" pun kecut segala anggota yang boleh kecut jika disakat sebegini rupa.
Saksikan dan bayangkan jika kita berada di tempat mereka yang disakat di atas tren itu. Bagaimana agaknya reaksi kita, kan? -Kedahnews.com