Walau Belasah Kanada 4 - 1, Harapan Malaysia Tetap Lebur

Pemain India Dharamvir Singh berjaya melepasi halangan dua pemain Australia Aran Zalewski (kiri) dan Trent Mitton dalam pertemuan India dengan Autralia pada hari kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 di Stadium Azlan Shah, Ipoh hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Kanada 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di Ipoh malam tadi.

Meskipun membelasah pasukan tercorot dalam kejohanan kali ini, harapan Malaysia untuk menduduki tempat ke 4/5 lebur apabila India melakukan "up set" menewaskan Australia dalam satu lagi perlawanan yang diadakan lebih awal. -Kedahnews.com
  
Penjaring:
  
MALAYSIA - Muhammad Haziq Shamsul (minit ke-5, 43'), Nabil Fiqri Mohammad Noor (6'), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (38').
  
Kanada   - Matthew Sarmento (40')