ALOR SETAR - Serorang wanita kulit putih yang berkemungkinan besar bukan beragama Islam wajar dipuji atas keberaniannya bangkit mempertahankan pasangan Muslim yang dihina seorang penumpang lain di dalam sebuah tren di Australia.
Stacey Eden, 23, yang menjadi saksi kepada tohmahan kasar dibuat
seorang wanita tua bangkit membetulkan stigma salah terhadap Islam dalam
satu insiden dalam tren dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.
Menurut Stacey, wanita tua itu mendakwa pasangan Muslim terbabit
merupakan penyokong kumpulan militan ISIS hanya kerana berhijab.
Menerusi video dirakam, Stacey yang tidak berpuas hati kelihatan mempersoalkan wanita tua itu apa kaitannya ISIS dengan pasangan Muslim terbabit.
Apabila dia berkata tiada apa-apa maka jelaslah tiada isu yang perlu
ditimbulkan dan Stacey dengan segera menyuruh wanita itu diam sekiranya
tak ada benda baik ingin diperkatakan.
Sikap Stacey yang bangkit menentang sikap Islamophobia ini wajar
ditabik apatah lagi apabila dia tidak sama agama mahupun bangsa dengan
pasangan terbabit.
Malah untuk menjadi seperti Stacey bukan sahaja keberanian diperlukan tetapi pengetahuan am yang baik. -Kedahnews.com