![]() |
| Gambar Hiasan |
Kaherah – Seorang wanita muda dibenarkan bercerai daripada suami yang
dikahwininya sebulan lalu kerana lelaki itu kuat tidur, lapor akhbar
‘Al Youm Al Sabea’a’.
Mahkamah Keluarga, Masr Qadima mengeluarkan keputusan memihak kepada
wanita itu selepas dia mendakwa suaminya selalu tidur lebih 15 jam
sehari menyebabkan dia tidak berpeluang duduk dan bercakap dengannya
sejak mereka berkahwin.
Wanita itu mendakwa, suaminya tidur setiap hari sebaik pulang dari kerja.
Malah dia juga akan tidur ketika sedang menonton televisyen atau
berbual dengan tetamu dan anggota keluarga yang datang melawat mereka.
Si suami mendakwa dia tidak menghidap sebarang penyakit, cuma dia ketagih tidur.
Wanita itu berkata dia tidak tahu ketagihan suaminya sebelum mereka berkahwin dan kini malu dengan tabiat suaminya itu. – Agensi
