Mieko Nagaoka yang berusia 100 tahun |
TOKYO – Seorang warga emas berusia 100 tahun menjadi wanita tertua
pertama di dunia berjaya memenangi pertandingan renang gaya bebas sejauh
1,500 meter pada Sabtu lalu.
Wanita itu, Mieko Nagaoka mengambil satu jam dan 16 minit bagi
menamatkan perlumbaan dalam kategori 100 hingga 104 tahun di kolam
renang di Ehime, barat Jepun.
“Saya mahu berenang sehingga saya berusia 105 tahun jika saya boleh hidup selama itu,” katanya kepada agensi berita Kyodo.
Menurut Kyodo, kejayaan itu akan diiktiraf di dalam Guinness World Records
Nagaoka yang menerbitkan sebuah buku berjudul Saya berusia 100 tahun
dan perenang aktif terbaik dunia tidak asing untuk menamatkan perlumbaan
1,500 meter memandangkan dia pernah menamatkan renangan sejauh itu pada
usia 99 tahun di sebuah kolam renang bersaiz Olimpik.
Nagaoka mula berenang pada usia 80 tahun ketika kebanyakan warga emas Jepun yang semakin tua mengamalkan gaya hidup sihat.
Mengikut statistik kerajaan, terdapat hampir 59,000 warga emas
berusia 100 tahun di Jepun. Jumlah itu bermakna 46 daripada 100,000
orang di negara berkenaan berusia 100 tahun atau lebih.
Sebelum ini, seorang pelari pecut, Hidekichi Miyazaki yang berusia
103 tahun memegang rekod dunia dalam acara 100 meter untuk kategori 100
hingga 104 tahun.
Miyazaki mampu mencatatkan larian dalam 29.83 saat. – AFP