Kedahnews.com yakin ramai yang kenal dengan pakar motivasi dan personaliti TV,
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah yang yang cukup popular menerusi rancangan slot,
Semanis Kurma.
Beberapa hari lalu, kami difahamkan bahawa anak perempuan kepada Ustazah Nor Bahyah dan
suami, Ustaz Wan Akashah telah selamat bergelar isteri bersama seorang
jejaka pilihan hatinya.
Majlis perkahwinan anak pasangan ini berlangsung dengan
gilang-gemilang dan cukup meriah dihadiri rakan-rakan dan keluarga
tercinta.
Pada hari bahagia itu, Ustazah Nor Bahyah sempat berkongsi warkah dan
coretan khas yang sungguh indah serta menyentuh hati buat anakanda kesayangan dalam
laman Facebooknya.
Warkah seorang ibu buat anak gadisnya yang kini sudah bergelar seorang isteri itu begitu menarik perhatian ramai pengguna laman Facebook dan menerima 55, 000 like selain dikongsi oleh lebih seribu pengguna sosial berkenaan.
Berikut adalah coretan beliau yang mengandungi doa dan pesanan ini membuatkan Kedahnews.com yang membaca turut sebak dan sayu... -Kedahnews.com
Warkah kasih dari ustazah & ustaz sempena majlis perkahwinan Anakanda Ustazah Husna Akashah tersayang bersama suami tercinta AsriAnakanda Ku Sayang,
Setelah sekian lama kita bersama,
Dalam tawa & juga air mata,
Kita..umpama isi dengan kuku,
Umpama aur dengan tebing,
Ibarat sahabat karib yg tak bisa berpisah.
Kini..anakku Nina sayang..
Sudah menjadi seorang isteri,
Isteri idaman buat Asri.
Asri..sayangilah Nina sepenuh hati,
Nescaya Nina akan terus menyayangi.
Mama & Abah sentiasa doakan agar Allah sentiasa merahmati Nina & Asri
hingga ke syurgaNYA yang abadi.Dalam mengecapi bahagia suami & isteri,
Semoga Nina tak lupakan Mama & Abah
kerana Nina adalah permata
yang sangat bernilai buat Mama & Abah.
Mama & Abah sayang Nina,
segenap jiwa & raga.
Jadilah isteri umpama Kadijah,
setia bersama hingga ke syurga.
Anakanda Asri Tersayang,
Abah serahkan nyawa Abah..
Abah serahkan kesayangan Abah..
buat anakanda Asri.
Untuk Asri bahagiakan hingga ke syurga.
Moga terbina MAHLIGAI CINTA,
Penuh dengan sakinah,mawaddah & rahmah.
Moga dikurniakan zuriat yg qurrata a'yun,
Sebagai penyejuk hati & menambah bahagia.
Anakanda Asri yg disayangi,
Jangan dikasari anak Abah,
Jangan disakiti kesayangan Abah,
tetapi berlemah-lembutlah kerana
Mama & Abah tak pernah berkasar.
Asri & Nina sayang,
Taatlah Allah sepanjang hidupmu,
Agar dikurnia redha berpanjangan.
Nina sayang,
Abah & Mama telah mendidik Nina
dengan sebaik mungkin,
Oleh itu jadilah isteri yang terbaik,
Umpama bidadari syurga 💕