Wow! Siapa Nak Beli Proton Saga Rekaan Baru Ini?

SEBUT sahaja Proton Saga, pasti terlantas di fikiran anda sebuah kereta basic yang mempunyai rekaan yang ‘boleh la’ dan sesuai untuk golongan pertengahan.

Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya reka bentuk luaran kereta tersebut tetap sama, tetap dipandang sebagai kereta "low cost".

Namun, siapa sangka rekaan konsep daripada saudara Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3 Dimensi,  mampu memberikan impak yang amat luar biasa pada pandang pertama Proton Saga.

Sedikit maklumat mengenai saudara Idiyaz, beliau merupakan salah seorang tenaga kerja dalam penghasilan animasi 3D untuk siri animsi Rimba Racer yang sedang hangat ketika in.

Jom lihat beberapa rekaan menarik konsep yang diilhamkan oleh beliau.

2
4
3
5
6

Dari sudut hadapan, model Saga itu seakan Model Honda Civic FB dan di bahagian belakang pula seakan model Renault Megane.

Sememangnya rekaan yang cun dan amat menepati citarasa orang muda.

Memang tidak memerlukan sebarang modifikasi jika membeli Saga ini. Jika mahu sekalipun, mungkin cuma tukar "sport rim" kepada saiz yang lebih besar sikit untuk membuat ramai pemilik kenderaan lain cemburu.

Kedahnews.com tertanya-tanya juga, mengapalah pihak Proton tidak mengambil pereka-pereka yang sebegini di dalam penghasilan model kereta mereka?

Jika begini gaya daya imaginasi pereka Proton, silap-silap kereta Lotus pun boleh terliur, kan?

Apapun terserahlah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Proton sepenuhnya. Beliau yang melahirkan Proton dan beliau jugalah kini yang menetapkan hala tuju syarikat berkepentingan kerajaan itu.

Kita doakan agar Proton mampu mengeluarkan rekaan-rekaan yang setanding seperti ini dan seterusnya mampu mengangkat jenama Malaysia setaraf dengan gergasi-gergasi pengeluar kereta dunia. -Kedahnews.com