Makhzani dan Nadhratan Naim di hari bahagia mereka... |
Sungguh menyentuh hati dan menyayat perasaan, berbagai emosi bercampur baur tatkala membaca kisah cinta pasangan Mohd Makhzani Abdul Rahim,
27 dan Nadhratan Naim Abdul Sani, 20 diijab kabul sebagai suami isteri
pada 29 Disember lalu
Mungkin inilah yang dikatakan para ulama bahawa jodoh pertemuan dan ajal makhluk itu adalah terletak pada ketentuan Allah SWT.
Kira-kira empat bulan bergelar suami isteri, nampaknya Allah lebih menyayangi Nadhratan Naim apabila dia difahamkan telah dijemput Ilahi dan menghembuskan nafas yang terakhirnya, kelmarin.
Namun hati Kedahnews.com begitu pilu mengenangkan kisah pasangan jarak jauh itu yang dikatakan hanya sempat bersama selama 10 hari sepanjang tempoh perkahwinan mereka sebelum terpisah kerana ajal.
Kisah yang diceritakan sendiri oleh Makhzani membuat ramai yang sebak dan simpati terhadap pasangan itu hingga menjadi viral diperkatakan di laman sosial.
Menurut Makhzani, mereka dijodohkan atas pilihan keluarga dan hanya sempat berkenalan selama empat bulan sebelum diijab kabul.
Setelah menjadi suami isteri, pasangan ini hanya sempat bersama
selama 10 hari sebelum Mukhzani terpaksa terbang ke Mesir untuk
menghabiskan pengajiannya yang hanya tinggal enam bulan.
Bermula detik itu, pasangan ini hanya berhubung menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Malangnya, Nadhratan meninggal dunia awal pagi semalam (8.4.2015) selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya.
Tambah syadu, seorang rakan arwah mendedahkan Nadhratan menghembuskan
nafasnya selepas suami arwah yang dalam talian diletakkan disebelah
telinga arwah.
Berikut adalah luahan hati Mukhzani tentang isterinya yang Kedahnews.com peroleh dari laman Facebooknya:
Kalau dah jodoh
9/8/2014 sabtu ayah jumpa Nadhratan Naim Abdul Sani ngan Mama(my mother in law) dkt tahfiz di bagan serai
12/8/2014 selasa mak bgtau aku ayah da bknn dkt sesorng nk jodohkan ngan aku
13/8/2014 rabu stalk menyetalk di fb (tgk gmbr)
15/8/2014 mak ckp dpa suh p rmh isnin 18/8/2014
18/8/2014 22syawal1435 hari isnin p rmh tgk Nadratan Naim
25/8/2014 29syawal1435 isnin dia,mama,kak dibah & cikman mai rumah
Selasa 2/9/2014 dia tgur di whatsapp
Rabu 3/9/2014 dia add fb
11/9/2014 khamis, mak ayah p bincang nk p meminang n amik cincin.
Dia terima aku walaupun beza umur kami 7thn 95 & 88
Isnin 15/9/2014 20zulqaedah1435 bertunang n tentu belanja (10k)..
Isnin 22/9/2014 27zulqaedah1435 p pjbt agama butterworth ambik borang nikah
25/9/2014 p buat hiv test
29/12/2014 akad nikah alhamdulillah
10 hr tggal brsama, 10/12/2014 aku fly ke mesir tinggalkan dia untuk 6bln sbb masih blum habis stdy..
Tiap hr berhubung, wassap,wechat,skype,sms,call, vidcall,fb,twitter, instagram yg trbaru..
6/4 dia bg password fb dia..
Rpa2nya dia dh nk pergi jauh
7/4/2015 dia excident moto vs moto..dia x sedarkan diri sbb kecederaan dalaman di kepala..
Esoknya 8/4/2015 di awal pg dia menghembuskan nafas yg terakhir..
Tiap hr dia ucap kata2 syg, tiap hr dia ucap kata2 rndu..
Cantik orgnya..merdu suaranya kalau menyanyi,baca Quran n lancar bacaannya.. kalau x uzur dia selalu bngun mlm brqiam,maksurat jd amalan..
Selalu memohon kemaafan walaupun tiada kesilapan..
Dia isteri yg terbaik, anak yg trbaik, menantu yg terbaik adik yg trbaik n aku yakin sahabat yg trbaik jugak..
Sungguh aku sgt merinduimu wahai bidadari syurga..
Walaupun hnya sementara dipinjamkan, aku redha & brsyukur atas smuanya..
Syukran ya ALLAH pinjamkan dia kepadaku..
Terima kasih jgk pada mama Zahratan Nor Adam sbb lahirkan bidadari ni..
Al-Fatehah
Moga damailah dikau di sana bidadariku..
Doa kami cuma mengharapkan semoga syurga buat hamba Allah yang bernama Nadhratan Naim, dan buat Makhzani, semoga dirinya tabah dan sabar atas dugaan yang diberikan padanya atas kehilangan isteri tercinta.
Semoga kalian bertemu di syurga Allah kelak.. -Kedahnews.com