"Yang Tikam Belakang Ialah DAP, Bukan PAS", Kata MCA

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini menyifatkan keputusan DAP yang memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran Presiden PAS itu berdegil membentangkan hukum hudud sebagai "tikam belakang".

Chua berkata, rakyat perlu tahu bahawa bukan PAS yang menikam belakang Pakatan Rakyat (PR) tetapi yang menikam parti gabungan itu ialah DAP, apabila dasar perjuangan PAS telah diberi tanggapan yang salah.

"Namun, DAP seolah-olah memberi tanggapan salah.
"
Dan paling penting sekarang, pengundi harus tahu yang tikam belakang mereka ialah DAP, bukannya PAS," kata Chua dalam satu kenyataan.

Chua berkata, tidak munasabah DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS itu dengan alasan beliau berdegil membentangkan hudud sedangkan masih ramai pemimpin PAS yang lain menyokong tindakannya. 

Tambah Chua lagi, Abdul Hadi hanya menjalankan tugas beliau sebagai seorang ketua parti dan hudud bukannya dasar perjuangan peribadi Presiden PAS it.

"Saya tidak tahu bagaimana mereka (DAP) boleh berbuat demikian, berhenti bekerjasama dengan Presiden PAS.

"Kerana, presiden parti dilantik ahli, dan seterusnya diberi kuasa melaksanakan apa yang dalam perlembagaan (parti).

"Malah hudud juga bukan merupakan agenda Hadi, tetapi agenda parti," kata Chua mengulas mengenai kemelut yang melanda pakatan pembangkang itu. -Alip Danial/Kedahnews.com