Isu kemana hilangnya hasil titik peluh bekas penyanyi kumpulan Slam,
Zamani di dalam industri selama 22 tahun masih menjadi tanda tanya.
Melalui sidang media, abang kepada penyanyi tersebut menyatakan
Zamani kini perlu menjalani satu pembedahan tulang belakang kronik yang
memerlukan kos sebanyak RM50,000.
Zamani yang diwakili abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim dan peguam,
Ahmad Zaharil Muhaiyar, meminta pihak bertanggungjawab untuk beri
penjelasan mengenai duit milik Zamani.
Berkaitan, sebelum ini peguamnya telah memuat naik satu status yang mencetuskan kontroversi di laman Facebooknya.
Bagi menjelaskan perkara ini, keluarga Zamani minta pihak
bertanggungjawab beri maklumat akaun terperinci Zamani selama 2 tahun
dalam industri.
Ahmad Zaharil juga mengesahkan Zamani sudah 6 tahun tidak memiliki
akaun wang peribadi dan segala hasilnya dalam industri selama ini
disimpan oleh pihak pengurusannya.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah mempersoalkan tentang pihak
pengurusan Zamani, apa yang penting sekarang adalah anak guamnya itu.
“Saya yang penting adalah anak guam saya, anak guam saya sakit dan memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan.”
“Sekiranya Zamani mempunyai duit di dalam akaunnya, keluarkan jumlah
itu kerana kami perlukannya untuk pembedahan berkenaan,” kata peguam itu
ketika ditemui media di pejabatnya di Kota Damansara petang semalam..
Sementara itu, Zulfazil memberitahu keadaan Zamani sekarang semakin
baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak menerima rawatan di
sebuah pusat pemulihan.
“Fizikalnya semakin baik, berat bertambah hingga ke 10kg, dia pun
gembira disana, walaupun sekali-sekala merengek minta keluar tapi itu
hanya perkara biasa,” katanya.