Di landa pelbagai kontroversi hangat yang dikaitkan dengannya, pelakon dan
pelawak popular Zizan Razak akhirnya mendedahkan kepada umum bahawa dia bakal mendirikan
rumah tangga pada Jun ini.
Mendedahkan gadis berkenaan bukan Emma Maembong, Zizan menjelaskan bahawa gadis yang berjaya memenangi hatimya itu hanyalah seorang gadis yang sekampung dengan pelawak yang berasal dari Kuala Terengganu itu.
Menurut Zizan, bakal isterinya baru berusia 24 tahun dan dia masih enggan mendedahkan identiti gadis itu buat masa ini.
"Ya, saya akan berkahwin!
"Gadis
pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia
24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
"Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya
saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri
daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat
mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
"Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya yang dipetik ari media semalam.
Menurut pelawak kelahiran program realiti Raja Lawak terbitan Astro itu lagi, difahamkan bahawa bakal
isterinya itu merupakan seorang wanita yang tidak perlu bersolek tebal untuk
menampakkan kejelitaan semulajadinya.
Malah katanya, sikap gadis itu yang sangat menghormati kedua ibu bapa Zizan turut
menambat hati pelakon Cicakman 3 itu untuk menyuntingnya sebagai suri
hidup.
Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa artis cantik antaranya Juliana Evans, Leez Rosli dan Emma Maembong. -Kedahnews.com