Sebelum ini, industri hiburan tanahair kecoh apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan
pelawak terkenal, Zizan Razak dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Jun
2015 dengan seorang gadis sekampungnya.
Tiba-tiba, muncul pula kenyataan terbaru memberitahu bahawa Zizan belum berbincang tarikh perkahwinan seperti yang digembar-gembur bakal berlangsung pada Jun 2015, baru-baru ini.
Menerusi Harian Metro, Zizan menjelaskan bahawa dia belum pulang ke
kampung untuk membincangkan hal perkahwinannya, namun dia tidak menolak
kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya pada tahun ini.
“Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti
yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan
keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.
“Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun
depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan
tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga
sebab saya bukan makin muda,” jelas Zizan.
Bagaimanapun, identiti sebenar bakal isteri Zizan masih lagi terus menjadi tanda tanya.
Sementara itu, Zizan secara terus terang mengaku bahawa usahanya untuk menambat dan memenangi semula hati Emma
Maembong sudah berakhir semenjak mereka berpisah Januari lalu.
“Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan.
“Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri,” katanya lagi. -Kedahnews.com