KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memaklumkan
jabatan itu kini giat melakukan pengauditan ke atas syarikat 1Malaysia
Development Bhd (IMDB), dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang
boleh.
Sehubungan itu, Jabatan Audit bercadang mengemukakan laporan awal
pengauditan ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
selewat-lewatnya akhir Jun ini.
“Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan
ini,” demikian menurut Ketua Audit Negara dalam satu kenyataan sebagai
maklum balas kepada pihak-pihak yang ingin mengetahui status terkini
pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB. – BERNAMA