Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang |
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menegaskan bahawa sikap pengurusan 1MDB
yang hanya berdiam diri akan menyebabkan isu yang dibangkitkan terus
dispekulasikan oleh orang ramai hingga ia kelihatan seperti benar.
“Sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, 1MDB sepatutnya mempunyai
sebuah jabatan perhubungan awam untuk memberi respons segera jika ada
isu dibangkitkan.
“IMDB tidak sepatutnya mengharapkan pemimpin Barisan Nasional (BN)
yang memberi penjelasan bagi pihak mereka pada setiap masa. 1MDB perlu
juga bertanggungjawab menjawab segala isu,” katanya dalam satu kenyataan
media semalam.
Mengulas lanjut, Keng Liang berkata, jika dakwaan palsu telah dibuat
ke atas 1MDB, maka pengurusan 1MBD perlu mengambil tindakan
undang-undang ke atas penyebar fitnah tersebut sebelum penyebarannya
menjadi sukar dikawal.
Menurutnya, pengurusan 1MDB perlu menyedari bahawa sebarang fitnah
yang dilemparkan ke atas syarikat GLC tersebut akan memberi kesan secara
tidak langsung ke atas reputasi negara.
“Jika tiada tindakan undang-undang diambil ke atas penyebar fitnah,
maka orang awam akan menyangkakan penipuan mereka mempunyai asas,”
katanya.