Gambar Hiasan |
BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 23 wanita pelayan pelanggan (GRO) rakyat
asing ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Permatang Pauh,
di sini Rabu malam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor
berkata dalam operasi pada 11.15 malam itu, polis turut menahan dua
lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan.
“Mereka yang ditahan dalam operasi oleh Polis Bahagian Kongsi Gelap,
Judi dan Maksiat (D7) itu terdiri daripada 17 wanita Vietnam, empat dari
Thailand dan dua wanita China,” katanya ketika dihubungi Khamis.
Beliau berkata 23 wanita asing berusia antara 18 dan 34 tahun itu
ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya menyalahguna pas lawatan
sosial dan tiada dokumen perjalanan diri.
Berdasarkan siasatan, premis hiburan yang beroperasi sejak tahun
lepas itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini atas kesalahan sama. –
BERNAMA