Adun BN Di Negeri Sembilan Muflis, Tapi Belum Tentu PRK

ALOR SETAR - Akibat menjadi penjamin pinjaman orang lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail difahamkan telah diisytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac lalu.

Seseorang ADUN boleh dilucutkan daripada jawatannya sekiranya diisytiharkan bankrap namun dalam kes Ishak, beliau bagaimanapun telah membuat rayuan berhubung perkara tersebut.

Difahamkan bahawa keputusan rayuan beliau akan didengar pada keesokan hari.

Memetik dari portal Agendadaily, Ishak dikatakan menjadi penjamin kepada pinjaman seorang kontraktor yang gagal membayar pinjaman yang dibuatnya sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Ishak mewakili Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,058 menewaskan calon PAS dan dan calon bebas. -Kedahnews.com