ALOR SETAR - Kerajaan negeri diminta lebih prihatin dengan kebajikan
institusi pendidikan Islam, selain mengutamakan pembangunan
sekolah-sekolah agama yang melahirkan ramai ulama Kedah.
Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, beberapa insiden kebelakangan ini memperlihatkan seolah-olah institusi pendidikan Islam di Kedah dianaktirikan dan kurang diberi perhatian.
“Ketika di awal pemerintahan BN di Kedah, projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi dihentikan.
"Ia termasuk cadangan menutup kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil apabila mengarahkan pelajar dan kakitangan kembali ke kampus Mergong, selain rangkaian Maktab Mahmud diserahkan kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan,” katanya.
Menurutnya, terbaharu apabila kerajaan negeri mengarahkan penangguhan aktiviti untuk sekolah-sekolah agama negeri, termasuk peruntukannya.
“Kita kesal perkara ini berlaku, ia menunjukkan kegagalan dalam mengurus institusi yang sinonim dengan pendidikan Islam negeri, termasuk gagal menguruskan pengurusan masjid, apabila sehingga Mac 2015 terdapat 158 kekosongan jawatan imam, bilal (318) dan Siak (226) di 568 masjid seluruh Kedah,” katanya.
Mohd Azam berkata, hasrat kerajaan PR sebelum ini, ketika bawah pimpinan bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak meluluskan RM3 juta pada Sidang Bajet 2012 untuk pembinaan fasa pertama bangunan MTSD sekali gus meletakkan pandangan futuristik terhadap masa depan pulau terpencil itu.
“Allahyarham Azizan cuba meletakkan cahaya al-Quran di pulau yang tiada bekalan elektrik itu, selain untuk menjana pelaburan dan pelancongan masa depan.
"Beliau melakar perubahan lengkap yang dilaksanakan meliputi pembangunan serentak infrastruktur dan insan,” katanya.
Menurutnya, MTSD yang diilhamkan Azizan di mana beliau sendiri yang meletakkan kriteria pengambilan pelajar, penetapan kurikulum, sistem pembelajaran dan pemilihan tenaga pendidik membuktikan kecemerlangan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, apabila seramai 14 pelajar mendapat 11A, daripada 50 pelajar kumpulan pertama pengambilan MTSD.
Mohd Azam berkata, hasrat Azizan membangunkan Kuin sebagai Pusat Pengajian Islam terkemuka dengan status universiti penuh, diusahakan dengan komited apabila menyiapkan prasarana kampus tetap di Kuala Ketil.
“Azizan juga yang berusaha menambah bidang pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta tawaran 44 kursus pengajian selain membawa masuk tenaga pengajar berkelayakan,” katanya.
Menurutnya, usaha jangka panjang itu yang disifatkan satu pelaburan besar untuk negeri ini pada masa hadapan wajar diteruskan kerajaan negeri sedia ada sebagai suatu perolehan membanggakan untuk Kedah kerana hasilnya berpanjangan.
“Malangnya, semua hasrat itu kini lebur. Pendekatan Islamik ditampilkan nyata bersifat kosmetik dan ‘extravaganza’ apabila sekadar menganjurkan Kedah Berselawat secara membazir dengan membelanjakan hampir RM700,000 dalam sehari,” katanya. - Sinar Harian