Afdlin Shauki (sebenar) |
SIAPA sangka ‘Afdlin Shauki’ kini sudah menukar profesionnya daripada
pelakon dan pengarah filem kepada pembuat gula-gula di Korea Selatan!
Heh.
Video berdurasi 2 minit 15 saat yang dimuat naik syarikat agensi
pelancongan menerusi Facebook Ekyn Tour & Vacation ini,
memperlihatkan kepetahan ‘Afdlin Shauki’ yang pandai berjenaka dalam
bahasa Melayu.
Difahamkan, lokasi perniagaannya terletak di Pasar Namdaemon, di Seoul.
“This is Madu. M-A-D-U..Madu. Saya pandai, saya comel,” kata ‘Afdlin’ disusuli dengan gelak ketawa.
Ketika ditanya mengenai namanya, dia menjawab: “Afdlin Shauki.”
Dalam pada itu, Afdlin Shauki (sebenar) menganggap perkara itu sangat
kelakar apabila ada orang Korea mengaku seperti nama dirinya.
Malah Afdlin berharap akan dapat berkunjung ke Korea untuk bertemu dan membeli gula-gula pemuda itu satu hari nanti.
“Kelakar orang Korea mengaku Afdlin Shauki. Terbaik satu hari aku
cari mamat Korea ni beli gula-gula dia,” komen Aflin dalam status
Facebook miliknya.
Sumber: Mynewshub.cc