ALOR SETAR - Baru-baru ini ramai tidak boleh dengar nama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan
Pantang dengar saja nama Ahmad, maka mulalah beliau telah
dikritik teruk khususnya apabila beliau menyarankan supaya penuntut universiti
memasak sendiri makanan sendiri berbanding makan di luar.
Sejak kenyataan itu terbit dari beliau, namanya ‘melonjak naik’ di kalangan rakyat Malaysia dan telah dijadikan bahan troll di media sosial.
Terkini, Ahmad Maslan dijadikan pula watak ikon di dalam sebuah aplikasi permainan video.
Aplikasi yang diberi nama ‘Maslan 3.85 Extended Version’ itu menggunakan
imej seakan rupa beliau namun telah diubah fizikalnya menjadi zombie.
Pereka permainan video tersebut bagaimanapun mengatakan bahawa watak
“Maslan 3.85″ adalah rekaan dan tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau
penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang.
“Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan
warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun
meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata,” katanya.
Setakat ini, hampir 222 pengguna Google Play telah memuat turun aplikasi tersebut.
Pada masa sama, penerangan diberikan oleh pereka permainan
video bahawa permainan itu boleh digunakan untuk melepaskan kemarahan
terhadap GST dan kenyataan-kenyataan menyakitkan hati oleh para menteri
membuatkan kita faham terdapat unsur sarkastik di sini.
“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan-kenyataan menyakitkan hati
oleh menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan
Maslan 3.85 Extended Version,” demikian antara keterangannya.
Permainan yang boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar
berplatform Android di seluruh dunia itu turut menggunakan gambar latar
beberapa lokasi di Malaysia, termasuk Putrajaya. -Kedahnews.com