Ooi menunjukkan keadaan sistem kumbahan di belakang premis mereka. |
ALOR SETAR - Kira-kira 30 peniaga di Rumah Kedai Peremba, di sini,
menanggung derita berikutan bau busuk dari sistem kumbahan di belakang
premis perniagaan mereka.
Wakil peniaga, Ooi, 56, berkata, masalah bau busuk itu berlanjutan sejak lebih setahun lalu dan semakin membimbangkan.
"Bukan itu sahaja, tandas di premis juga tersumbat dan tidak dapat digunakan menyebabkan air yang busuk bergenang.
"Keadaan ini memberi kesan dan kami sudah tidak tahan sebab terpaksa hidu bau kurang menyenangkan dan airnya tidak berhenti keluar hingga menyesakkan hidung," katanya.
Menurutnya, masalah itu turut menjejaskan perniagaan mereka apabila kehilangan ramai pelanggan.
"Bayangkan nasib kami pemilik kedai makan, pelanggan keluar kedai sebab tak sanggup tahan bau busuk.
"Disebabkan bau busuk itu juga, kami menandatangani surat merayu supaya tandas dan sistem kumbahan ini dibaiki segera," katanya. -Sinar Harian