SEPANG – AirAsia menambah laluan Kuala Lumpur-Pattaya dalam rangkaian
luasnya, bermula 16 Jan 2015, menerusi empat penerbangan seminggu.
“AirAsia menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan
terus Pattaya, Thailand ke Kuala Lumpur,” kata AirAsia dalam satu
kenyataan hari ini.
Pattaya menjadi destinasi ketujuh AirAsia di Thailand dari Kuala
Lumpur selepas Phuket, Bangkok, Chiangmai, Hat Yai, Krabi dan Surat
Thani.
Tahun lepas, ia membawa lebih 2 juta pengguna antara Malaysia dan Thailand.
Sempena pengumuman ini, AirAsia menawarkan tambang promosi daripada
RM38 sehala, termasuk cukai, dengan tempahan boleh dibuat mulai hari ini
hingga 17 Mei, 2015, bagi perjalanan antara 16 Julai dan 31 Mei 2016.
Pattaya yang merupakan bandar raya resort, terletak di Pantai Timur
Teluk Siam, kira-kira 150 kilometer ke tenggara Bangkok. – BERNAMA