ALOR SETAR - Akhbar Rusia dilapor telah menulis sebuah laporan kontroversi apabila menuduh
kelahiran kedua Kate Middleton hanyalah merupakan satu lakonan semata-mata.
Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah mendapatkan pandangan awam daripada wanita-wanita di negara itu yang seolah "cemburu" melihat Kate begitu cantik selepas melahirkan anak.
Menurut akhbar pro Kremlin, Komsomolskaya Pravda, rata-rata
kaum wanita Rusia berpendapat bahawa ianya sangat mustahil untuk
‘Duchess of Cambridge’ itu kelihatan terlalu mempesona ketika membuat
kemunculan bersama Putera William dan puteri mereka.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkata, bayi tersebut berkemungkinan telah dilahirkan awal beberapa hari.
“Jika dia benar-benar melahirkan
anak secara normal, pastinya ia telah berlaku beberapa hari lalu,” kata seorang wanita,
“Kate telah melahirkan bayinya tiga
hari lalu. Mereka hanya membuat laporan tersebut sekarang. Lihatlah bayi
tersebut, dia tidak kelihatan seperti baru dilahirkan.
“Puteri tersebut sekurang-kurangnya telah dilahirkan tiga hari lalu.
Tiada apa yang dapat membantu Kate, walaupun dengan bantuan doktor
terbaik ketika kelahiran, lima jam bertarung melahirkan bayi, dan
kemudiannya meninggalkan klinik sambil berjalan,”tambah seorang lagi wanita dari negara berkenaan.
Bukan itu sahaja, malah ada individu turut menuduh Kate kononnya tidak melahirkan bayi tersebut.
“Ianya ibu tumpang yang melahirkan bayi tersebut, bukan Kate. Kate pastinya memakai ‘perut palsu’ yang menunjukkannya hamil,” dakwa kenyataan itu. -Kedahnews.com