Aksi "Pendekar" Roti Canai Di Felda Bukit Cerakah


BAGI yang ingin bersarapan dalam suasana yang unik dan lain daripada yang lain, anda wajib mengunjungi gerai Qawwam di Felda Bukit Cerakah arah Meru yang berhampiran Puncak Alam, Selangor.

Ini kerana, gerai ini bukan sahaja menyajikan menu sarapan seperti roti canai dan nasi lemak malah anda akan diceriakan dengan penebar roti canai dan pelayan yang segak berbusana Melayu Asli tak ubah persis hulubalang dan pendekar.

bawa roti
Lebih menarik, kesemua pekerja turut lengkap dengan aksesori dan tanjak di kepala sambil sibuk melakukan tugas masing-masing seperti membancuh air, membuat pengiraan, membuat roti canai dan melayan pelanggan.

1 (2)

teh tarik

Sekali pandang, tidak keterlaluan dikatakan memasuki ruangan gerai ini persis filem Melayu lama yang sering dipertontonkan di kaca televisyen.

DSC_2829 (1)

Berusaha memperjuangkan adat dan Melayu asli, gerai Qawwam ini berpegang teguh dengan konsep  ‘Melayu Bertakhta, Berdaulat dan Beraja’.

Penyelia gerai, Mior Yazid.
Penyelia gerai, Mior Yazid.
Penyelia gerai, Mior Yazid Abdul Manaf, 46 mengakui pada awalnya terkejut dengan sambutan luar biasa pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin merasai suasana unik ini sendiri.

“Ramai yang tanya sama ada kami panas atau tak berpakaian macam ni.

“Saya jawab ‘tidak’ sebab kami sudah terbiasa dengan pakaian macam ini, bukan setakat di gerai ini saja, kadang-kadang ke pasar malam pun kami pakai pakaian Melayu asli ini,” katanya yang sering diaju soalan itu.

Gerai yang dibuka setiap 7 pagi ini sememangnya mewajibkan para pekerjanya memakai pakaian Melayu asli sejak 1996.

Sumber: Mynewshub.cc