Anak Gadis Kak Ton Yang "Superb"..!


ALOR SETAR - "Tengok Kak Ton, Comel tak? Comel..!"

Kedahnews.com yakin, ramai rakyat di negara kita pasti ingat tentang Kak Ton dan "tagline" produk kecantikannya yang viral, mencetus pelbagai reaksi dari ramai pihak sebelum ini.

Ada yang mencemuh beliau dan ada pula yang memujinya ekoran kejayaan mendapat publisiti serta terkenal dengan sekelip mata.

Namun kami juga yakin bahawa tidak ramai yang tahu Kak Ton memiliki anak gadis yang benar-benar "superb" jelita!

Kami percaya kejelitaan anak gadis Kak Ton yang bernama Nadia itu mampu membuat ramai lelaki bujang, duda, berstatus datuk mahupun suami orang pasti terpegun tidak berkelip mata menatap gambarnya...

Screen-Shot-2015-05-20-at-11.49.22-AM
CEvaBkhUIAASexv
Screen-Shot-2015-05-20-at-12.30.43-PM

Jadi, tidak hairanlah Nadia memiliki raut wajah cantik, berdasarkan rupa paras Kak Ton yang kami yakin juga cantik di waktu zaman mudanya, kan?

Difahamkan bahawa Nadia yang merupakan kacukan Thai dan Melayu ini merupakan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.

Status hubungan Nadia dengan Kak Ton didedahkan sendiri Nadia selepas ramai yang asyik bertanya.

Screen-Shot-2015-05-20-at-11.57.55-AM-630x332

Tapi tak sangka pula, pendedahan Nadia secara tiba-tiba muncul menjadi viral di media sosial.

Gosip sebelum ini menjelaskan bahawa Nadia yang merupakan seorang ibu tunggal sebelum ini menjalin hubungan dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir. - Kedahnews.com