Sebahagian anak kariah berhimpun membantah pemilihan jawatankuasa Masjid Assalam Tambak Bunga |
KUALA KEDAH - Lebih 200 anak kariah Masjid Assalam Tambak Bunga, di
sini, membantah pelantikan jawatankuasa masjid terbabit yang didakwa
membelakangi keputusan mesyuarat agung tahunan pada Januari lalu.
Difahamkan, rombakan besar-besaran yang dibuat imam masjid selaku pengerusi pada April lalu dibuat tanpa mendapat persetujuan anak kariah berkenaan terlebih dahulu.
Wakil anak kariah, Abdullah Muda berkata, mereka membantah keputusan itu kerana khuatir berlaku salah guna kuasa pihak tertentu dalam urusan terbabit.
“Sebelum ini, pihak masjid mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 23 Januari lalu dan melantik jawatankuasa untuk sesi 2015-2018, tetapi pengerusi masjid membuat rombakan dan melantik tiga ahli jawatankuasa yang baharu tanpa persetujuan anak kariah.
“Tindakan ini adalah satu kesalahan menurut Enakmen Peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984 iaitu Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dipilih oleh jawatankuasa dan pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik),” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas bersama ratusan penduduk di Surau Kampung Baru, Tambak Bunga, di sini, kelmarin.
Menurutnya, dua laporan berhubung salah guna kuasa itu juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
“Perkara ini menyebabkan anak kariah tertipu. Kami mahu pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan supaya fungsi masjid mendapat keberkatan dan keredaan ALLAH.
“Pelantikan itu adalah tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan amalan pemilihan jawatankuasa yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana kariah masjid di negeri ini,” katanya.
Bekas Timbalan Pengerusi Masjid Assalam, Abdul Rahman Omar berkata, beliau berkhidmat di masjid terbabit sejak lebih 10 tahun lalu.
“Saya antara orang lama dalam jawatankuasa masjid ini. Saya pun tidak tahu apakah alasan mereka melakukan rombakan tanpa persetujuan anak kariah,” katanya.
Sementara itu, pengerusi masjid berkenaan ketika ditemui memaklumkan bahawa rombakan terbabit dibuat berdasarkan beberapa faktor penting.
“Jawatankuasa yang saya pilih ini adalah sah dan terpakai. Saya ada kuasa melantik enam orang ahli jawatankuasa yang saya percaya dan mudah berurusan.
“Pemilihan yang saya buat adalah berdasarkan faktor kepercayaan dan ingin menampilkan muka baharu untuk menerajui kepimpinan masjid terbabit,” katanya.

Sumber: Sinar Harian