Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan |
ALOR SETAR - Malang tidak berbau apabila seorang anggota Pertubuhan Unit
Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera disimbah asid sewaktu cuba
menangkap penjenayah yang memecah masuk sebuah kedai kosong, di sini,
petang kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 50an disimbah asid pada bahagian muka dan mata oleh suspek lelaki yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis sewaktu mahu melarikan diri.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang, mangsa cuba menahan suspek namun tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan suspek bertindak agresif dengan menyimbah cecair di tangannya dipercayai asid.
Mangsa mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.
Menurut pemilik premis yang enggan dikenali, dia diberitahu rakannya bahawa kedai tiga tingkat miliknya dipercayai dipecah masuk kira-kira sejam sebelum kejadian.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada UKK untuk membuat rondaan dan memeriksa kedai. Namun terkejut apabila mendapat tahu seorang anggota UKK cedera ketika cuba menahan penjenayah berkenaan.
Kemungkinan ketiga-tiga penjenayah itu mahu mencuri alat penghawa dingin kerana tiada barangan berharga lain dalam kedai,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Dalam pada itu, semua suspek termasuk wanita berusia antara 30an hingga 50an akhirnya berjaya ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang juga turut mengepung lokasi berkenaan sebelum polis tiba.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Menurutnya, tiga suspek itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Sumber: Sinar Harian