Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifli Mohd. Zain |
ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menafikan pihaknya menyertai operasi ketenteraan di Yaman sebagaimana yang telah dilaporkan oleh beberapa media tempatan semalam.
Sebaliknya, ATM menjelaskan bahawa kehadiran para anggotanya di negara tersebut hanyalah semata mata bagi melaksanakan misi bantuan bagi melancarkan operasi membawa rakyat Malaysia yang berada di negara itu untuk pulang ke tanah air.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifli Mohd. Zain berkata, sebanyak dua pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditempatkan di Forward Operating Base (FOB) di Prince Sultan Air Base (PSAB) di Riyadh, Arab Saudi.
“FOB diwujudkan di PSAB sebagai lapangan sebelum berlepas ke lokasi pemindahan. Rakyat Malaysia akan dipindahkan ke FOB bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Mungkin teruja dengan kehadiran sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Yaman baru-baru ini, beberapa media semalam melaporkan kononnya ATM menjadi pasukan ke-12 menyertai pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan ke atas pemberontak militia Syiah di sana.
Selain itu, Zulkifli turut menjelaskan tentang harapan ATM supaya gencatan senjata selama lima hari yang ditaja Arab Saudi di negara bergolak itu dan dipersetujui pihak pemberontak sebelum ini akan kekal dihormati.
Pasukan Malaysia dipercayai tiba ke sebuah pangkalan tentera milik negara arab itu semalam.
Berita ketibaan tentera Malaysia dilaporkan media-media utama Timur Tengah yang memetik laporan oleh agensi berita rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency (SPA), namun tidak menjelaskan tujuan kehadiran pasukan berkenaan di sana. -Kedahnews.com