Bayangkan jika kita berada dalam satu situasi yang mana ketika sedang
berseorangan, tiba-tiba kita dihampiri seorang lelaki yang kemudiannya
memaksa kita membeli tiga biji durian dengan harga RM300.
Sudahlah harga yang diletak terlalu mahal, lebih menakutkan,
individu tersebut turut mengugut untuk mencampak durian pada kita sekiranya kita
tidak membeli!
Berani hadap? Namun itulah detik cemas yang dikongsi seorang gadis apabila
dia dan ahli keluarganya terpaksa berhadapan dengan lelaki tersebut.
Berkongsi pengalaman itu di laman Twitter, pemilik akaun, @tanlyanne
menulis, insiden tersebut bermula apabila adik perempuannya didatangi
seorang penjual durian yang menawarkan harga RM500 untuk tiga biji
durian.
Oleh kerana harga yang tidak masuk akal, adiknya menolak urus niaga tersebut, lantas dia mengurangkannya menjadi RM300.
Bapanya kemudian masuk campur dengan menawarkan RM200 untuk durian
tersebut, namun lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan menolak harga
itu.
Peniaga apa ni? Boleh pula paksa-paksa pelanggan untuk membeli
jualannya. Bahkan, dia turut menolak urusan tawar-menawar. Memang
betul-betul samseng ni.
Selain itu, gadis tersebut turut berkongsi taktik yang digunakan
individu tersebut yang bertindak mengopek durian di hadapan adiknya agar
mangsa tidak dapat menolak untuk membeli durian tersebut.
Buat individu-individu yang menggunakan Stesyen Minyak
Petronas di Lebuh Raya Kesas mahupun mana-mana kawasan yang mereka pilih, nampaknya kita harus lebih
berhati-hati selepas ini.
Sesetengah manusia sememangnya tidak memiliki nurani suci, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang secara mudah sedangkan kita berjerih payah mencari rezeki di bumi Allah ini, kan? -Kedahnews.com