Stacy AF |
ALOR SETAR - Bintang kelahiran program realiti televisyen Akademi Fantasia, Stacy menganggap
tuduhan berita palsu mengenai dirinya sudah memeluk islam adalah satu
perbuatan yang melampau.
Menurutnya, isu berkaitan dengan agama tidak sepatutnya dipermainkan dan hal ini turut memberi kesan kepada keluarganya.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum
ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi
saya gosip ini agak melampau.
"Lebih-lebih lagi bab berkaitan agama, kita
tidak boleh main-main.
"Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita. Kalau terkena
dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima
panggilan sejak semalam (Rabu) sehingga ke hari ini (Khamis) yang hanya
mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.
“Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa,” katanya kepada media susulan viralnya gambar seorang wanita yang kononnya Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang ustaz.
Gambar seorang wanita kononnnya Stacy memeluk Islam tersebar di beberapa blog baru-baru ini |
Difahamkan gara-gara tuduhan tersebut, keluarga selebriti itu dihujani dengan panggilan telefon dari ramai pihak untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenainya. -Kedahnews.com