PELAKON kacak Fahrin Ahmad, 36, yang baru melangsungkan pernikahan
dengan Elena Hani Eleas, 37, semalam, menafikan desas-desus bahawa
isterinya pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata.
Ujar tonggak utama filem Pilot Cafe itu, gosip tersebut disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Selepas saya umumkan berita pernikahan kami Selasa lalu, macam-macam
spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah
seorang janda beranak satu,” ujarnya seperti dilaporkan MStar.
Tambah Fahrin, dia melihat keputusannya untuk merahsiakan identiti
Elena sehingga hari berlangsungnya pernikahan sebagai satu keputusan
terbaik.
“Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya
melihat ada hikmah di sebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena
daripada orang ramai.
“Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan
timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,” jelas Fahrin.
Pasangan terbabit dilaporkan tidak bertunang, sebaliknya mengadakan
pertemuan mengikut adat yang diadakan bersama keluarga terdekat hujung
tahun lalu.
Pernikahan mereka berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. -Kedahnews.com