Norshahida (kiri) berucap dalam sebuah program. |
ALOR SETAR - Minat mendalam dalam bidang kesukarelawan seawal usia 13 tahun
menyebabkan seorang bekas guru sanggup melepaskan kerjaya profesional
demi membabitkan diri dalam aktiviti itu.
Norshahida Salleh, 43, berkata, minat yang mendalam membuatkan dia menyertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan.
Menurutnya, pada Disember 2014, dia menubuhkan sebuah NGO bagi menjalankan kerja kebajikan kepada masyarakat.
"NGO yang diberi nama Persatuan Solidariti Nasional (Persona) ditubuhkan di bawah badan kebajikan bagi membantu masyarakat secara sukarela setiap masa.
"Walaupun kerja amal sebegini tidak memberikan sebarang pendapatan, namun saya berpuas hati kerana mampu berbakti kepada masyarakat," katanya.
Katanya, namun niat murninya dan persatuan yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat adakalanya kurang disenangi sebilangan individu tertentu.
"Ada yang sanggup memburukkan kami dengan beberapa tuduhan liar disebabkan tidak senang hati dengan apa yang kami lakukan," katanya.
Duit tidak penting
Norshahida berkata, sebaik menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Agama Rauzatul Ulum, anak kedua daripada enam beradik ini melanjutkan pengajian ke Terengganu.
"Kemudiannya saya memulakan kerjaya sebagai pendidik di beberapa sekolah swasta termasuklah di Sekolah Tengku Mahmud (TM) di Alor Setar.
"Saya menggalas tanggungjawab sebagai guru bahasa Melayu di Maktab Mahmud selama 13 tahun sebelum mengambil keputusan melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya.
Bagaimanapun, Noshahida menumpukan sepenuh perhatian dalam aktiviti kesukarelawan sebaik menamatkan pengajian dia di universiti.
“Saya anggap tiada rezeki dalam bidang berkenaan, meskipun sememangnya berjiwa pendidik. Duit dirasakan tidak penting jikalau hendak dibandingkan kerja kesukarelawan,” katanya.
Tabah harungi tuduhan liar
Katanya, tidak dinafikan, adakalanya dia dimarah dan dituduh kononnya kerja sukarelawan yang dilakukannya itu hanya hendak mencari nama sahaja.
"Meskipun sedih namun saya tak berputus asa," katanya.
Sebagai contoh katanya, salah faham wujud berkaitan kes kempen memandu yang dianjurkan dengan kerjasama mereka di beberapa daerah sebelum ini.
"Namun akhirnya kami dapat menempuhi tuduhan liar dan salah faham sebilangan individu melalui keberanian dimiliki untuk menegakkan kebenaran," katanya.
Katanya, kini mereka kekal aktif melakukan kerja kesukarelawan, antaranya seperti sumbangan terhadap penduduk tidak berkemampuan.
"Saya menggangap tak kira kontroversi ataupun dugaan lain, ia merupakan petanda masyarakat setempat makin mengenali mereka," katanya.

Sumber: Sinar Harian