Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek memaklumkan kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan pembelian
topup yang dijual pada harga RM10 akan diberikan nilai RM10 apabila
diaktifkan.
“Pada hari ini Kabinet telah bersetuju dengan cadangan kementerian
supaya tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat
nilai RM10 apabila diaktifkan.
“Kerajaan mahu pihak telekomunikasi melaksanakan kaedah dan
pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan,” katanya pada sidang
media sebentar tadi.
Ahmad Shabery berkata, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk
tambah nilai prabayar hanya akan dikenakan ke atas penggunaan atau ‘usage based’.
“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.
“Bagi mengimbangi kesan caj GST, kementerian meminta syarikat telekomunikasi menurunkan tarif mereka,” tambahnya.
Sumber: Berita Harian