Berjuta-Juta Labah-Labah "Tawan" Pekan Kecil Australia

ALOR SETAR - Tiada perasaan yang dapat digambarkan oleh penduduk di pekan kecil di Australia selepas melihat hampir keseluruhan kawasan serta rumah mereka dilitupi dan dihujani dengan sarang labah-labah yang tebal.

Situasi yang sama seperti babak dalam filem seram itu berlaku di pekan atau bandar Goulburn, Selatan Tablelands di New South Wales, Australia.

Ianya kelihatan sangat aneh atau pelik namun kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa dan dipanggil sebagai fenomena spider rain atau angel hair.

angel-hair-NEW-2 

Menurut sumber, fenomena ini berlaku apabila labah-labah dilihat pergi ke atas puncak tinggi dan melepaskan sesuatu seperti ‘kapas’ di udara lalu diterbangkan mengikut arah angin.

Kejadian itu lebih tepat dipanggil sebagai balloning yang membolehkan labah-labah terbang sejauh 3 kilometer dengan kaedah ini.

Sememangnya ini adalah satu fakta yang sangat menarik walaupun agak ‘menggelikan’ kerana kejadian seperti ini jarang sekali berlaku terutamanya di Malaysia. -Kedahnews.com