Nordiah menyusun tudung jualannya di Lorong Empire. |
ALOR SETAR - Sebuah kawasan perniagaan Melayu tunggal, Bazar Melayu
Lorong Empire di tengah Bandaraya Alor Setar, di sini, yang berusia
lebih 30 tahun dikhuatiri lenyap apabila pelanggannya semakin berkurang,
malah beberapa peniaga mula menghentikan operasi.
Peniaga, Nordiah Saad, 54, berkata, kemungkinan sebilangan penduduk tempatan menganggap Lorong Empire sudah tidak menjalankan perniagaan.
Malah, menurutnya, ada ketikanya pengunjung luar sendiri terkejut apabila mendapati ada aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.
"Beberapa pelanggan masih mengunjungi Lorong Empire memandangkan produk yang dijual berkualiti dan murah. Ada hari memang langsung tiada pelanggan, tapi ada kalanya pendapatan kami boleh cecah ribuan ringgit.
“Sebenarnya, Lorong Empire masih hidup. Cumanya, bilangan pelanggan mungkin tidak seramai dahulu disebabkan beberapa faktor tertentu,” katanya.
Menurutnya, antara punca keadaan itu mungkin disebabkan beberapa kedai sudah ditutup menyebabkan orang ramai tidak sedar akan kewujudannya selain adanya perlaksanaan kerja pembangunan Pekan Rabu.
"Kerja naik taraf perlu dilakukan segera untuk menarik pelanggan ke sini.
"Malah, pihak berkenaan perlu mempromosikan aktiviti perniagaan di sini, sekali gus membolehkan ia terkenal semula," katanya.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim mengumumkan berita gembira mengenai usaha menaik taraf lokasi peniagaan itu.
Ia berikutan, Lorong Empire berkenaan memiliki potensi untuk dibangunkan menjadi ikon baharu negeri ini, seperti Petaling Street.
Difahamkan, keadaan tapak niaga itu juga kurang baik seperti sistem saliran tidak diselenggara dan saluran air reput. -Sinar Harian