BN Berpeluang Menang Di Permatang Pauh: Tun M Pun Buat "U-Turn"?

PERMATANG PAUH - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini kerana menurut beliau, Pakatan Rakyat (PR) kini sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang serius terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Hudud.

Sehubungan itu, Tun M menyatakan BN tidak memerlukan sebarang bantuan daripada pihak beliau untuk berkempen.

“Tidak, saya tak fikir mereka (BN) perlukan bantuan saya. (Tetapi) saya fikir mereka mempeluang untuk menang.

“Sebab isu hudud, PKR tak sokong. Jadi PAS mungkin tidak akan bantu. Maka ia boleh beri peluang (pada BN),” kata Tun M semalam.

Sebelum ini Tun M mengatakan rakyat di Permatang Pauh menyokong secara membabi-buta dan menjangka BN akan tewas.

PRKPermatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah (PRM) dan calon bebas Salleh Isahak.

Hari pengundian telah ditetapkan pada 7 Mei ini (Khamis).

NEWS

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. - Kedahnews.com