Kediaman Amri rosak teruk dalam kejadian ini. |
ALOR SETAR - Bunyi kuat umpama helikopter mendarat mengejutkan lima
beranak di kediaman mereka di Kampung Tengah, Telok Bagan, di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kediaman Mohd Amri Shafie, 33, rosak teruk apabila ribut membadai kediamannya ketika mereka sekeluarga nyenyak tidur.
“Ketika kejadian, saya dan isteri, Nor Haslina Hassan, 34, bersama tiga anak kami berusia setahun hingga sembilan tahun sedang lena sebelum dikejutkan bunyi kuat.
“Bunyi kuat seperti helikopter mendarat hingga anak bongsu saya menangis ketakutan. Malah, kami sekeluarga tergamam melihat kejadian itu,” katanya.
Amri berkata, mereka sekeluarga tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan terkejut melihat angin kuat menerbangkan bumbung kediamannya satu persatu, dalam masa lima minit sahaja.
"Beberapa kelengkapan seperti perabot dan barang elektrik turut rosak.
"Malah cermin lori pecah dihempap kayu, manakala sebahagian besar bumbung kediaman berkenaan diterbangkan angin ke kawasan sawah berdekatan.
Manakala, Ramlah@Mariah Ariffin, 68, berkata, dia dan suaminya, Mohammad Don, 70, berlindung di bilik air selepas separuh rumah mereka diterbangkan angin.
Katanya, dia yang memiliki masalah lutut, manakala suaminya sakit jantung hanya menyedari rumah rosak teruk apabila hari makin cerah.
“Kami berdua menggunakan lampu picit menerangi bilik air sambil menunggu hari cerah,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Dun Pengkalan Kundur, Ir Zainal Alam Bakar berkata, kira-kira 12 kediaman rosak akibat kejadian ribut itu.
Ir Zainal berkata, beberapa kampung terlibat dilanda ribut, antaranya Kampung Tengah Telok Bagan dan Kampung Padang Raja, di Parlimen Kuala Kedah.
Katanya, pihaknya sudah turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan dan menyalurkan sumbangan.

Sumber: Sinar Harian