Normala (kanan) bergambar bersama sebahagian pendidik di Kedah, semalam. |
ALOR SETAR - Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
(Pendidik) mempertikai tindakan segelintir guru yang mengambil cuti
untuk menghadiri persidangan Umno.
Presidennya, Normala Sudirman berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana meninggalkan sekolah untuk urusan kepartian.
“Kita nak tahu di manakah keadilan terhadap guru. Sekiranya guru itu cenderung politik pembangkang, maka ia akan ditukar ke sekolah lain.
“Walhal apabila guru yang menyokong parti kerajaan mengambil cuti
selama lima hari untuk menghadiri persidangan Umno tidak diambil
tindakan,” katanya selepas menghadiri Himpunan Pendidik Islam 3.0
Peringkat Kebangsaan di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.
Menurutnya, tindakan itu jelas tidak mengadili guru untuk menyokong parti pilihan masing-masing.
“Tolonglah tanggalkan baju warna politik di luar sekolah. Kalau ini saluran demokrasi yang dibenarkan, kenapa guru dihalang untuk menyokong parti pilihan mereka.
“Kita tidak mahu guru dijadikan satu sifat melepaskan dendam atau sentimen politik kepartian kerana mereka tidak pernah membezakan warna politik dalam pendidikan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Presidennya, Normala Sudirman berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana meninggalkan sekolah untuk urusan kepartian.
“Kita nak tahu di manakah keadilan terhadap guru. Sekiranya guru itu cenderung politik pembangkang, maka ia akan ditukar ke sekolah lain.
Normala menyampaikan cenderamata kepada Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, semalam. |