Keadaan terkini Mohd Zaid |
ALOR SETAR - Seorang pesakit Buerger, Mohd Zaid Ismail, 32, akhirnya
terpaksa reda apabila satu-satunya kaki yang masih ada dipotong Mac lalu
apabila dia sakit semula sekitar awal tahun ini.
Isterinya, Aziroh Ahmad, 28, berkata, kaki kiri suaminya terpaksa dipotong apabila rawatan angiografi di Kuala Lumpur tidak berjaya menyembuhkan penyakitnya.
“Dalam tempoh berkenaan, saya membawa suami ke hospital hari-hari untuk mencuci lukanya.
“Hampir tiga bulan, saya tidak dapat melakukan sebarang kerja untuk memberi sepenuh perhatian kepada suami. Malah, harap orang bagi makan sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, keadaan suaminya kini makin sihat dan sudah tidak perlu tinggal di hospital untuk rawatan meskipun kehilangan kedua kakinya.
"Cuma sekarang, kami perlu berulang alik dari rumah di Kampung Paya Lipai, Pendang ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) seminggu dua kali.
“Jadi, kami terpaksa mengeluarkan wang RM25 setiap kali ke hospital. Kos ubatannya pula mencecah RM280 untuk lapan botol,” katanya.
Menurutnya, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan tidak cukup untuk membiayai keperluan mereka sekeluarga.
"Saya buka semula gerai kecil-kecilan di rumah memandangkan keadaan suaminya makin pulih. Malah, saya bawa suami untuk membantu berniaga.
"Pada masa sama, saya juga harap bantuan perubatan untuk suami daripada beberapa pihak lain, seperti zakat,” katanya.
Sinar Harian melaporkan penderitaan bekas pemandu lori yang menderita penyakit Buerger sejak empat tahun lalu.
Berikutan penyakit itu, Mohd Zaid menderita menanggung sakit seolah-olah tubuhnya dihiris pisau dan ada kalanya dia rasa seperti dibakar.
Orang ramai yang ingin meringankan beban boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya (0211229000093952).

Sumber: Sinar Harian