ALOR SETAR - Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis menahan dua
lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah mencuri selepas mengejar
mereka selama 30 minit.
Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kedah, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat berkata tiga anggota URB terserempak dengan kedua-duanya yang sedang menunggang motosikal pada jam 7 malam.
Beliau berkata anggota URB cuba menahan mereka, tetapi ditendang beberapa kali oleh suspek dari atas motosikal mereka.
"Setelah 30 minit dikejar, akhirnya motosikal suspek terbabas. Suspek cuba melarikan tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan anggota polis," katanya.
Kedua-dua suspek berusia 27 dan 30 tahun dan berasal daripada Pumpong di sini.
Shamsuddin berkata ditemui sebuag beg pada motosikal suspek yang mengandungi cermin mata berjenama, golok, tukul besi dan pemotong zink.
Beliau berkata cermin mata itu dipercayai dicuri daripada sebuah van di Jalan Stadium di sini.
Kedua-duanya disabit dengan kesalahan memiliki golok di tempat awam. - Bernama