ALOR SETAR - Seorang gadis yang sengsara menghidap penyakit anorexia dan hanya mampu makan sebiji
epal sahaja untuk sehari kini berjaya menjadi seorang model jelita yang agak terkenal di London.
Gara-gara anorexia sebelum ini, tubuh gadis berkenaan kurus kering sehingga menampakkan
tulang rangkanya, namun segalanya berubah selepas dia berjaya mengatasi
penyakit berkenaan.
Megan Armer, gadis yang berusia 22 tahun itu juga dilaporkan pernah hampir maut setelah mengalami penurunan berat
yang ketara hingga 25 kilogram, menyamai berat ideal seorang kanak-kanak
yang hanya berusia enam tahun.
“Sejak di sekolah rendah, saya sering diejek dan digelar hodoh kerana
memiliki badan yang berisi menyebabkan saya menjadi rendiri diri,”
katanya Megan yang dipetik dari media antarabangsa.
Mungkin merasakan tidak tahan dibuli rakan-rakan, Megan nekad mengambil jalan singkat
untuk menurunkan berat badannya secara mendadak, termasuk tidak makan dan
mengambil julap.
Bagaimanapun, tindakan "gila nak kurus" itu telah menyebabkan Megan terpaksa menjalani pembedahan
usus.
Megan kemudiannya telah dimasukkan ke wad psikiatrik selama dua setengah tahun untuk membantu dirinya mengatasi penyakit berkenaan.
Kini Megan telah sihat sepenuhnya dan dia juga turut menjalani
pembedahan membesarkan payu dara untuk menambahkan keyakinan dirinya.
“Ketika saya menghidap anorexia, saya hanya mahu mengecilkan badan
tetapi selepas menandatangani perjanjian dengan agensi modeling, ia
meningkatkan keyakinan saya,” katanya lagi penuh keyakinan. -Kedahnews.com