Iskandar Syah Ismail @ Dr Bubbles |
ALOR SETAR - Kedahnews.com yakin, nama Iskandar Syah Ismail tidaklah sepopular ahli politik seperti Mat Sabu, tidak terkenal seperti aktor kacak, Aaron Aziz, dan tidaklah dikenali ramai seperti ahli perniagaan terkaya, Ananda Krishnan.
Dia hanyalah insan biasa. Seorang graduan jurusan kejuruteraan kimia dari sebuah universiti di United Kingdom dan kami yakin dia tidak "viral" di kalangan masyarakat Malaysia.
Namun begitu, Kedahnews.com yakin nama Iskandar atau "Dr. Bubbles" terpahat kekal di hati kanak-kanak dan adik-adik kita yang terlantar di hospital-hospital di seluruh negara, khususnya yang menghidap penyakit kanser.
Tanpa mengenakan sebarang bayaran, Iskandar sanggup meninggalkan statusnya yang berkelulusan kejuruteraan, mengenakan "make-up" tebal dan berusaha sehabis dayanya menghiburkan kanak-kanak berkenaan yang sedang berperang dengan maut.
Bersungguh dalam usahanya mengembirakan kanak-kanak yang resah terlantar di katil-katil hospital dengan jarum terbenam di tangan, Iskandar turut sanggup ke Amerika Syarikat untuk mempelajari teknik menceriakan kehidupan kanak-kanak malang itu.
Difahamkan, Iskandar telah mempelajari pelbagai kaedah seperti seni improvisasi, magis, muzik dan komedi fizikal semata-mata untuk memastikan kanak-kanak di wad-wad hospital yang dikunjunginya terhibur riang.
Kedahnews.com tidak pasti sampai bilakah Dr. Bubbles akan meneruskan khidmatnya mengembirakan hati kanak-kanak yang menderita di hospital-hospital berkenaan. Namun apa yang kami yakin, dia sudah tentukan sangat kaya dengan pahala yang berkoyan-koyan.
Biar apapun, kami juga yakin kerja-kerja amal yang dilakukan Iskandar itu adalah tulus ikhlas dari lubuk hatinya, sesuci doa yang dia panjatkan kepada Allah SWT kepada ibu bapa dan anak-anak yang diuji dengan ujian yang bukan kepalang itu.
"Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada ibu bapa yang sedang menjaga anak-anak yang sedang sakit. Engkau sembuhkanlah anak-anak mereka dengan segera. Hanya kepada Engkau kami berserah. Amin," tulis Iskandar sebagaimana yang dipetik dari laman sosial Facebooknya baru-baru ini.
Apapun, Kedahnews.com kagum terhadap Iskandar dan kami hanya mampu kongsikan cerita tentang beliau sebagai satu teladan yang wajar dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita.
Kami doakan agar Allah SWT memberikan kekuatan, semangat yang tinggi, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik untuk Dr Bubbles bagi membolehkan dia meneruskan kerja-kerja amalnya yang mungkin tidak termampu kami lakukan. Amin..
Terima kasih tidak terhingga buat Iskandar a.k.a Dr Bubbles kerana membuat kanak-kanak itu semua tersenyum riang! - Kedahnews.com