Fouziah Gous Sah Hamil Lepas Balik Honeymoon Di Jepun

Fouziah dan suaminya Zhafran
ALOR SETAR - Selain Wawa Zainal dan Erin Malik, pelakon dan pengacara popular Fouziah Gous turut berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya sedang hamil dua bulan setengah.

Beberapa tahun menanti, pastinya tiada apa lebih mengembirakan buat pasangan romantis ini apabila dikhabarkan akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menurut Fouziah, dia mengetahui berita ini setelah pulang dari menjalani penggambaran program Nona sambil berbulan madu bersama suami di Jepun, Mac lalu.

11235937_1148916131800529_76405987_n

Bagi memastikan dirinya benar-benar hamil, Fouziah mengakui menjalani sebanyak empat kali ujian kehamilan.

“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa. Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malakukan ujian di pusat perubatan swasta.

“Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, baru-baru ini.

Sementara itu, Fouziah dan suaminya Zhafran menyatakan tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan asalkan cahaya matanya cukup sifat dan sihat.
Tahniah dari kami untuk Fouziah dan Zhafran. - Kedahnews.com